Wednesday, February 25, 2009

Harapan palsu...

Erm arini aku bangun awal, tak tido selepas solat subuh... Iron my "lucky" shirt, mandi dan bersiap2 untuk ke jabatan kesihatan.... Tapi blum pun sempat aku start enjin kereta, aku dapat call dari timbalan pengarah jabatan tersebut..


"Nasuha ada masalah la dengan project kamu"
"Apa kata kamu tukar tajuk"
"Dalam waktu suntuk macam ni kami tak boleh nak supply infected blood sample"
"Kalo kamu bagi kami lebih masa mungkin kami boleh usahakan lagi"
"Paling awal kami boleh cuba bagi adalah bulan 12 nanti, itu pun kalo masih ada kes"

Pergh $%%#$#$&....tut....

Masih tak cukup ke masa yang aku bagi...its 12 month....huh


12 bulan yang lepas mereka kata:

"OOO its our plesure..."
"U nak 6 sample jer ker? ok kami bagi 12 sample, cukup?"
"Ke u nak lebih?"

Huhuhuh harapan palsu yang benar2 menyakitkan hati.... Kenapa baru nak reject sekarang?
Kenapa tak 6 bulan yang lepas? Kenapa mesti sebulan sebelum project aku abis.... Huh...

So now the 1st thing i should do...maen squash and anggap muka2 mereka itu berada di dinding court tuh... after that baru kena start back up plan...which is kena buat resistant factor to cover my 2nd phase of this research....damn....ops sory....

moral value of the story...
if u not sure that u can give samthing to someone..dont give any hope...
just say u'll try dun say u'll give....
the pain is different..


Adakah baju bertuah aku sudah hilang tuahnyer...huhuhu
"Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia bukan pada bajunya"

Sunday, February 22, 2009

10 working tips!!!


1. Do not get into trouble....



2. Aim the greater heights....



3. Stay focus on your job.....



4. Exercise to mantain good health....



5. Practice team work....




6. Rely on your trusted partner to watch your back...



7. Save for rainy days...



8.Rest and Relax...



9.Always smile when your boss is around...



10. Nothing is impossible....

All the best....

My 2009 life motto is "Its my own responsible to make my self happy"...

Majlis bertunang...




Salam... huhuh sory kat angah cos lambat sgt anta gambar arz bertunang..lately bz ckit...
meh2 suha cita ckit apa yang jadik arituh

Malam sebelum kejelebu tuh, ada sedikit kenduri kat rumah skudai, kenduri doa selamat utk arz and utk adik alya yang dalam perut tuh cos dah masuk 7 bulan....Malam tuh konon nyer nak buat biasa2 jer..tapi macam biasa la rumah pak cik hamzah tuh kalo biasa2 pun dah penuh 1 rumah...menu...erm ala-ala raya..nasi himpit+sambal goreng paru+sambal kacang+lode+ayam ungkep+rojak (yang terlupa kirim angah dulu)...

Seawal jam 8 pagi kami bertolak ke jelebu..sume skali 8 kereta...fuh jenuh jugak Kak gee nak sediakan lot parking...but meriah la...persetujuan dah berjaya dibuat antara 2-2 pihak...kenduri kawin adalah seminggu lepas raya...so sempat la adik alya balik m'sia....menu di Jelebu, macam biasa la, masakan orang Negori..but tak cukup umph..tak pedas sume nyer gara2 permintaan Along...Tapi paling best disert die la...durian dari kebun pak cik adam...serius 5star durian die...

Sedang enak makan durian, tetiba pak ngah melaung kan lagu birthday utk pak lang...kami apa lagi join sekaki la...so terpaksala kek hantaran arz jadik mangsa...kami macam biasa la, buat kecoh kat rumah orang..kalo nenek ikut tuh mesti kena marah dah...nasib atok sporting....

Selepas balik dari rumah gee kami, singgah solat kat rumah mak usu,pak uda....lepas tuh kami pun apa lagi buat plan utk ker air terjun....hehheheh bermandi manda la.... best2 nanti boleh buat plan yang elok2 ckit...cos ramai yang tak bw baju mandi arituh...sofia jer yang prepare siap ngan swiming suit lagi....

Dengar cerita (suha dah ada di KL), malam tuh kereta yang sepatutnya balik ke jb singgah di melaka...deorang makan ikan bakar...perh best tuh...tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Nyanyian Dari Syurga


Setelah malam, Aishah membangunkan diriku (Fahri). “Suamiku cepat bagun! Ayuh lihat Maria dia mengigau aneh sekali. Aku belum pernah melihat orang mengigau seperti itu.” Maria adalah isteri kedua Fahri yang sedang koma dihospital, juga dinikahi dan islamkan Fahri ketika beliau masih koma (Rujuk Novel Ayat-ayat Cinta).

Aku mengikut jejak langkah Aishah untuk melihat keadaan Maria. Kami melangkah perlahan mendekati Maria dan mengenal apa yang diigaukan oleh Maria. Subahanallah, Maha suci Allah! Yang terucap lirih dari mulut Maria, tak lain adalah ayat suci dalam surah Maryam. Ia menghafal surah itu. Aku tak kuat menahan haru.

Kami menyemak igauan Maria baik-baik. Mendengar apa yang diucapkan oleh Maria dalam alam tidak sedarnya. Perlahan. Urut. Indah dan lancar. Tak ada yang salah. Meskipun tajwidnya masih belum berapa betul (Maria yang beragama asal katolik). Maria melatunkan ayat-ayat yang mengisahkan penderitaan Maryam setelah melahirkan Nabi Isa.

Bibir Maria terus bergetar, ia sampai pada akhir surah Maryam. Namun bibirnya tak juga berhenti bergetar, terus melanjutkan surah setelahnya. Surah Thaha. Subahanallah!

Thaaha.
Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah
Tapi sebagai tadzkirah bagi orang yang takut kepada Allah1

Aku jadi tidak mengerti sebenarnya berapa surah, juz yang dihafal Maria. Dulu saat pertama kali ia menyapa di dalam metro (keretapi) dia menyatakan hanya hafal surah Al- Maidah dan Maryam saja. Aku jadi terpengun. Dengan air mata terus mengalir di sudut matanya yang terpejam ia melantunkan ayat-ayat suci itu seperti sedang asyik menyanyi dalam mimpi. Sampai ayat akhir, bibir Maria berhenti bergetar. Lelah air matanya semakin deras. Namun ia tidak juga membuka matanya. Aku hanya boleh ikut menitiskan airmata, berdoa dan memegang erat tangannya. Tiba-tiba bibirnya bergerak dan mendendangkan zikir dengan nada aneh:

Allah.Allah.Allah.
Aku ingin Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Allah…CahayaMu Allah
Allah…BelaianMu Allah
Allah…CintaMu Allah
Allah…SyurgaMu Allah
SyurgaMu Allah
SyurgaMu Allah
Allah..Allah..Allah………


Sekian lama volume suaranya semakin mengecil, lalu hilang. Dan akhirnya matanya mulai terbuka. Subahanallah!

“Maria!” sapaku perlahan.
“Fa…Fahri?” Suaranya sangat lirih nyaris nyaris tiada terdengar.
“Ya. Apa yang kau rasa sekarang, Sayang? Apanya yang sakit?”
“Tolong aku? Aku sedih sekali.”
“Kenapa sedih?”
“Aku sedih tidak diizinkan masuk syurga!”
“Aku telah sampai di depan pintu syurga, tapi aku tidak boleh masuk!”ulangnya.
“Kenapa?”
“Katanya aku tidak termasuk golongan mereka. Pintu-pintu itu tertutup bagiku. Aku meronta-ronta. Aku menagis dengan sepuas-puasnya.”

“Aku sungguh tidak mengerti dengan apa yang kau alami, Maria. Tapi bagaimana mulanya kau boleh sampai di sana”

“Aku tidak tahu awal mulanya bagaimana. Tiba-tiba saja aku dalam alam yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Dari kejauhan aku melihat istana megah hijau bersinar-sinar. Aku belum pernah melihat istana yang luasnya tidak terkira dan indahnya, tidak pernah terpikir dalam benak manusia. Luar biasa indahnya. Ia memiliki banyak pintu. Dari jarak sangat jauh aku telah mencium wanginya. Aku melihat banyak sekali manusia berpakaian indah satu persatu masuk melalui sebuah pintu yang tak terbayang indahnya”

“Kepada mereka aku bertanya; “Istana yang luar biasa indahnya ini apa?” Mereka menjawab; “Ini syurga!” Hatiku bergetar. Dari pintu yang terbuka itu aku boleh sedikit melihat apa didalamnya. Sangat menakjubkan. Tidak ada fikiran yang mampu melukiskan. Aku sangat tertarik maka aku ikut barisan orang satu persatu masuk kedalamnya. Ketika kaki mahu melangkah masuk penjaga dengan senyum menawan berkata kepadaku; “Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini Bubush Shalat. Pintu khusus untuk orang-orang solat2. Dan anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat kecewa.”

“Lalu aku berjalan kesebelah lain. Disana ada pintu yang sedang penuh dimasuki. Aku pun ikut masuk. Seorang penjaga berkata; “Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini namanya Bubur Rayyan. Pintu khas untuk orang-orang yang berpuasa. Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat sedih.”

“Aku lihat dari kejauhan masih ada pintu. Aku berjalan kesana dengan harapan dapat melalui pintu itu. Namun ketika hendak masuk seorang penjaga yang wajahnya bercahaya berkata; “Maaf, ada tidak boleh masuk melalui pintu ini. Ini Bubuz Zakat. Pintu khusus untuk orang yang menunaikan zakat. Anda bukan dari golongan mereka” Ada banyak pintu, tapi setiap kali aku hedak masuk selalu dicegah oleh penjaganya.”

“Sampai dipintu terakhir namanya Bubut Taubat. Aku juga tidak boleh masuk. Kerana itu khusus buat orang yang taubatnya diterima Allah. Dan aku tidak termasuk golongan mereka. Aku kembali kepada pintu-pintu sebelumnya. Tapi semuanya tertutup rapat. Hanya aku sendirian diluar. Aku mengetuk-ngetuk pintu bernama Bubur Rahmah. Tidak ada yang membukanya.”

“Aku hanya mendengar suara; “Jika kau memang penghuni syurga kau tidak perlu mengetuknya kerana kau pasti mempunyai kuncinya. Bukalah pintu-pintu itu dengan kunci syurga yang kau miliki!” Aku menangis sepuas-puasnya. Aku tidak memiliki kuncinya. Aku merayu pada Tuhan. Aku ingin menarik belas kasihanNya dengan membaca ayat-ayat suciNya.”

“Selesai surah Maryam aku teruskan dengan surah Thaha. Sampai ayat sembilan aku berhenti kerana Bubur Rahmah terbuka perlahan. Seorang perempuan yang luar biasa anggun dan suci keluar mendekati dan berkata;

“Aku Maryam. Yang baru saja kau sebut dalam ayat-ayat suci yang kau baca. Aku diutus oleh Allah untuk menemui mu. Dia mendengar haru biru tangismu. Apa yang kau mahu?”

“Aku ingin masuk syurga. Bolehkan?”

“Boleh. Syurga memang diperuntukan bagi semua hambaNya. Tapi kau harus tahu kuncinya?”

“Apa itu kuncinya?”

“Nabi Muhammad telah mengajarnya berulang-ulang. Apakah kau tidak mengetahuinya?”

“Aku tidak mengikut ajarannya”

“Itu salahmu. Kau tidak akan mendapat kunci itu selama kau tidak mahu tunduk penuh ikhlas mengikut ajaran Nabi yang paling dikasihi Allah ini. Aku sebenarnya datang untuk memberitahumu kunci masuk syurga. Tapi kerana kau sudah menjaga jarak dengan Muhammad , maka aku tidak diperkenankan untuk memberitahumu.”

“Bonda Maryam lalu membalikkan badan dan hendak pergi. Aku terus memeluknya dan bersimpuh dikakinya. Aku menangis tersedu, memohon agar diberitahu kunci syurga itu. “Aku hidup untuk mencari keredhaan Tuhan. Aku ingin masuk syurga hidup bersama orang-orang yang beruntung. Aku akan melakukan apa sahaja, asal masuk syurga. Bonda Maryam, Tolonglah aku. Aku tidak mahu rugi selama-lamanya!” Aku terus menangis sambil menyebut nama Allah.”

“Akhirnya Bonda Maryam luluh. Dia duduk dan menggosok kepalaku; “Maria dengar baik-baik! Nabi Muhammad telah memberi petunjuk mengenai kunci masuk syurga itu. Dia bersabda; Barang siapa berwudhu dengan baik, kemudian mengucapkan; Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammad abduhu wa rasuluh, maka akan dibukakan delapan pintu syurga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka!3”

“Jika kau ingin masuk syurga, lakukanlah apa yang diajar oleh Nabi pilihan Allah itu. Dia Nabi yang tidak pernah bohong. Itulah kunci syurga! Dan ingat Maria, Kau harus melakukannya dengan penuh keimanan dalam hati, bahawa tiada tuhan Selain Allah dan Muhammad utusan Allah. Tanpa keimanan itu, yang kau lakukan sia-sia. Sekarang pergilah untuk berwudhu. Dan cepat kembali kemari, aku akan menunggumu disini. Aku akan membawa mu masuk ke syurga Firdaus, tempat para anbiy, syuhada, shalihiin, dan orang-orang yang dimuliakan Allah!”

“Setelah mendengar nasihat itu aku terus pergi mencari wudhu. Aku berjalan kesana kemari namun tidak juga menemukan air. Aku terus menyebut nama Allah. Akhirnya aku terbangun dengan hati yang sedih. Aku ingin masuk syurga. Aku ingin kesana, bonda Maryam menunggu ku di Bubur Rahmah. Itulah kejadian atau mimpi yang aku alami. Oh Fahri, suamiku, mahukah kau menolong ku?”

“Apa yang boleh aku lakukan untuk mu, Maria?”

“Bantulah aku berwudhu. Aku masih mencium bau syurga. Wanginya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk kedalamnya. Disana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya. Suamiku, Bantu aku berwudhu, sekarang juga!”

Aku menuruti keinginan Maria. Dengan sekuat tenaga aku mendukung Maria ke bilik mandi. Dengan tetap ku dukung, Maria diwudhui oleh Aishah. Setelah selesai Maria kembali kubaringkan diatas tilamnya. Dia menatap ku dengan sorotan mata bercahaya. Bibirnya tersenyum indah dari biasanya. Lalu dengan lirih suara yang keluar dari relung jiwa ia berkata;

“Asyahadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh!”

Ia tetap tersenyum. Menatapku tidak berkelip. Perlahan dengan pandangan matanya meredup. Tak lama kemudian kedua matanya yang bening itu tertutup rapat. Ku periksa nafasnya telah tiada. Nadinya tiada lagi denyutannya. Dan jantungnya tiada lagi terdengar denyutanya. Aku tidak kuasa menahan derasnya leleh airmata. Aishah juga. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun!

“Aku masih mencium bau syurga. Wanginya meresap kedalam sukma. Aku ingin masuk kedalamnya. Disana aku janji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya.”

Sambil terisak Aishah melantunkan ayat;

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai
Maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah kedalam syurgaKu.4


Dipetik dari bab terakhir didalam buku ayat-ayat cinta oleh Habiburrahman El Shizary. Novelis, Sarjana Al Azhar University Cairo.

Sebuah novel yang dihadiahkan sahabat sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke 23 tahun. Novel yang banyak memberi pengajaran untuk menjadi Umat dan wanita Islam yang sejati. Sebuah kisah cinta Islam yang disampaikan dengan penuh tertib. Bahasa yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat dan gambaran latar yang hidup, menjadikan kisah dalam novel ini seolah-olah terjadi.

Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah.
Ya Allah, aku mohon redhamu dan SyurgaMu.
Amin.
____________________________________________________________________
1.Surah Thaha; 1-3.
2.Imam Syamsuddin Al-Qurthubi (w.671H) dalam kitabnya At Tadzkirah banyak menjelaskan tentang diskripsi syurga sesuai dengan yang dijelaskan dalam hadith-hadith Nabi, termasuk jumlah pintu syurga dan nama-namanya.
3.Hadith riwayat Imam Muslim.
4.Surah Al-Fajr; 27-30.

Tuesday, February 3, 2009

Visiting Penang

Salam and good day...

erm sory lama tak update blog....huhuh bukan malas nak menulis but lately I’m not feeling very well... Demam... doctor told me, I am infected with virus...huhuhu sound a little bit scary...but now im getting well...alhamdulillah...aku rasa bukan virus apa pun kot (aku n wawa dah tak berapa percaya dgan kelentong doctor mendiagnose) ..i think, it just lack of rest…yer la bulan yang menyesakkan kata kan…

But today I would like to share a great moment of mine, which I have my family here in Penang. Sound a little bit silly but I’m quite excited with it.. yer la bukan selalu ada orang melawat aku kat penang ni…Selama aku degree 3 taun dulu ada la 2-3 kali jer orang melawat aku kat bumi minden kalo tak along (atas urusan kerja), mak ndak n pak ndak (atas urusan game)… At least it is something then nothing rite… Hehehhe motto our group in 1st year degree dulu…


Antara tekong yang mengepalai majlis pertunangan iwan di kulim.. Persepakatan dah diambil...mereka dijangkakan akan berkahwin within cuti sekolah either this november or disember.. Bak kata wakil sebelah perempuan lagi awal lagi bagus....hehheh





Bride if the day....
Erm kecik, putih, comel...
Bak kata mak ngah, "agaknyer die pilih iwan sebb iwan tu besar, n die rasa selamat kot" hakhakhak iye kot....








Semasa istiadat penyerahan hantaran berlangsung tetiba atok menghilangkan diri...
Cit rupa2 nyer die dulu dah g menyenduk makanan...
Tapi food die best...ala2 kampung, siap ada sambal belacan lagi tuh,,

Selepas tiba di penang and Selepas sedikit doa selamat dijalankan di bunglow DBKL di feringgi apa lagi, program berongeng diistiharkan bermula...Program pertama adalah nite market feringggi...huhuhu tak de la shopping sgt pun, sebb dieorng kata ala2 petaling street and downtown jer..but kat sini lebih pada cuci mata tgok mak salih jer la...




Menjelang pukul 12.30 am, oleh kerana pak usu, iwan and izham sibuk nak tgok bola so terpaksala lepak kat mamak (Kapitan gurney)... Yeng best tuh aku full car bawak makcik-makcik jer melepak....Pakcik-pakcik sume duk rumah jaga anak n cucu...heheheh




Hari berikutnyer kami berjalan pusing penang, Huh aku pun pening nak bawa g mana jer...bukan tau sgt pun.. But selain jalan2 carik jeruk, g quensbay, makan mee udang and pasembor kat padang kota, antara destinasi yang mesti nak pegi (walau tak da apa pun) adalah Bukit Bendera Pulau Pinang



Walaupun permulaan yang agak tak best dimana kami sampai di stesen kretapi bukit bendera pukul 12 tapi tiket yang dijual hnya utuk kretapi pukul 7 pm, tapi penantian kami tak sia-sia..cos di atas bukit bendera bukan sja "tak ada apa2" selain pemandangan but malam tu ada pertunjukkan api yang agak best la...so worth it la kena tunggu 7 jam...

Friday, January 30, 2009

STAY THE SAME....



Don't you ever wish you were someone else,

You were meant to be the way you are exactly.

Don't you ever say you don't like the way you are.

When you learn to love yourself, you're better off by far.


And I hope you always stay the same,

cuz there's nothin' 'bout you I would change,


I think that you could be whatever you wanted to be

If you could realize,

all the dreams you have inside.

Don't be afraid if you've got something to say,

Just open up your heart and let it show you the way.


Believe in yourself.

Reach down inside.

The love you find will set you free.

Believe in yourself, you will come alive.

Have faith in what you do.You'll make it through.


This song really meant to me....its always give me spirit when im really down....

For people out there, i just want to remind u all, who ever siti nasuha hamzah in future, i will never change....this im promise u!!!
I will alwaz love u all as much as i love u now...

Nasuha yang poyo tetap takkan berubah...hehheheh...kalo lain pun just menjadi lebih matang...

Monday, January 19, 2009

Bulan yang menyesakkan...

Terlalu banyak orang complain...'asal ajak kuar jer tak boleh...ajak dinner jer g tangkap nyamuk' siap ada yang yang cakap 'ait buat-buat bz nampak'.....

Huhuhu sebenarnya bukan buat2 bz but mmg betul2 bz... meh cita cikit apa yang aku dah buat and bakal buat sepanjang bulan ni n awal bulan depan....

Start jer januari ari tuh..aku kena urus kan pasal problem infected blood sample yang aku nak guna untuk research master aku...sampai ari ni pun problem tuh belum berjaya diselesai kan...Lepas jumpa incharge person kat jabatan kesihatan, still tak dapat approval lagi...so aku panjat pulak bangunan hospital penang...pegi ke Clinical research Center...pada awal nyer just nak past surat atas nama dr zairi kepada pengarah clinical research center jer..but kebetulan Dr Ong (pengarah CRC) tu sendiri ada and die terus set up 1 meeting between us ari tuh jugak... risau jugak sebab supposedly dr zairi yang patut jumpa die..but he's really a very kind person..die mendengar,membantu and menerangkan dengan baik..so 1st time meeting dgn pengrah dr jabatan kerajaan bersendirian...dah la aku pakai jeans jer ari tuh..tapi nasib baek tak pakai selipar seret jer...hampir 3 jam jugak la meeting tuh..ina yang kebetulan datang penang risau..die igat aku sakit tu yang pg hospital tuh...but walaupun CRC tak dapat bagi full approval utk aku peroleh infected blood sample, but dieorang bantu aku cari jalan untuk aku dapatkan sample darah tuh...overall aku bagi 5 star pada Clinical Research Center Pulau Pinang...Aku rasa CRC ni jabatan kerajaan yang paling best aku pernah berurusan..Hhuhu now aku kena minta approval dari National Medical Research pulak..hope boleh sattle this month jugak...and really hope aku boleh dapat blood sample tuh bulan 4 nanti....

Asking for the way to jabatan meteorology..but Polis tu suruh pegi balai...ish..ish..ish


Before 15th januari pulak aku sibuk uruskan segala matters untuk ke conference di surabaya februari ni...siapkan full paper, submit aplication form for me, dr zairi n en nan. Apply tiket flight, hotel n plan program 'merayap' kat sana nanti....

Cik ina datang penang pulak..so kena la bawak die g berjalan, g bershoping..g projek amri...tapi kira ok la cos dis trip aku dapat 5 star dari ina...hehhe sebab bawak die highking mukahead... but aku mmg berhutang dgn katil aku...sian katil mesti die rasa tersisihkan...sebb aku hanya bermesra dgan die 3-4 jam jer sehari....

Highking mukahead...5star dari cik ina

Yang paling buat aku bz bulan ni adalah night catching (tangkap nyamuk) dari pukul 9malam hingga 3 pagi...start 5/1/09 aku dah strt night catching..setiap isnin, rabu dan jumaat aku kena join nigth catching hingga lah night catching yang terakhir apa 23/1/09...But diantara hari selang night catching tu pulak aku kena sampling untuk projek master aku..so kira kan seminggu 4 kali aku kena g tangkap nyamuk...bulan ni aku rasa nak termuntah dah tengok test tiub and kapas...

Antara aktiviti harian ku-mengutip pupa nyamuk di lab

In that Intermediate period...family aku datang dari jb and kl untuk pertunangan my cousin di kulim.after majlis tuh dieorang akan bercuti-cuti malaysia kat penang pulak..its going to happen on 25-27/1/09..Ni antara yang paling aku nanti2kan...aku rasa walaupun program ini akan menambah kan kepenatan aku but this is the time for me to rest my mind for a while....

Rite after night catching aku kena sambung projek ULV pulak kat padang minden usm..Projek ni berjalan sepanjang 3 malam bermula 28/1/09-30/1/09..Abis ULV padang minden sambung pulak ULV kat mukahead 3 malam jugak bermula 2/2/09-5/2/09.

Huhu bermula bulan ni jugak aku dah start incharge and mengajar lab advance parasitology for 3rd year student..huhuh jenuh jugak la nak mark lab report budak-budak ni..sumenyer anta report tebal2. Itu pun aku dah suruh buat paling simple...tapi aku tak nampak ke'simple'an kan mana2 lab report pun....

huhu lepas ULV and last lab advance parasitology on 5/2/09 aku akn terus cabut balik jb...sian kat mak...janji ari tuh nak blik 1 feb utuk tolong buat preparation utk majlis tunang my bro..but tak boleh nak cabut awal pulak...along pun macam tak leh cuti awal..huhu sory erk mak...Den 8/2/09 kami akan ker jelebu negeri9 untuk majis pertunangan my bro..dgr cita malis tunang tu di awal kan pada pagi ahad tuh..sebb after lunch kami sekeluarga nak berpicnic di air terjun pulak...hehhehe

Malam tu jugak aku kena peri KL sebb esoknyer aku akan ker surabaya, mine is 1st flight in the morning..huhu aku masih belum ketemu mangsa untuk anta aku ke airport...ada yang Volunteer???
Sepulangnyer dari Surabaya aku harap jadual ku akan lebih longgar sedikit..bulan ni aku terlalu penat..and aku harapkan rehat yang berkualiti....So kepada rakan-rakan yang agak kecewa kerana aku tak boleh join merongeng bulan ni..harap semoga korang faham...insyaallah bulan 2 ni kalo aku free aku join korang....
p/s: Terasa rindu pada aktiviti yang hanya melihat dinding dan syiling bilik ku..huhuhu