Tuesday, January 13, 2009

Apa peranan Kita????

Genting Gaza terus dibedil rejim Zionis. Adakah selaku umat Islam, kita hanya mendiamkan diri? Cukupkan sekadar simpati dan menonton berita setiap hari? Apakah yang dapat kita lakukan?

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”

Masanya telah tiba saudaraku!

Berikut adalah option-option yang tersedia untuk membantu Palestin. Rujuk attachment yang disediakan untuk setiap option.

1. Sumbangkan seikhlas yang mungkin, semampu yang dapat. Ingatlah, walau kita menyumbang dengan RM1 hatta dengan kadar 10sen sekalipun, in sya Allah amal ikhlas itu akan diganjari berlipat kali ganda





2. Sebarkan tentang penderitaan Palestin. Tentang kezaliman regim Zionis. Tentang keperluan manusia serata dunia untuk bangun menentang keganasan melampau yang menidakkan hak kemanusiaan.


3. Boikot barangan Yahudi dan Amerika. Wang Amerika telah disalurkan untuk membunuh rakyat Palestin. Pimpinan telah bersuara dan merancang membawa usul boikot ke Parlimen. Ayuh, kita sertai kempen boikot ini.




4. Tunjukkan protes anda kepada dunia. Jadilah insan yang ambil peduli. Sertai rapat umum anjuran aman palestin yang mengutuk serangan ke atas Genting Gaza.


5. Dermakan wang anda dengan membeli tiket untuk konsert amal Gaza . Bukan sahaja anda berhibur, namun anda juga berpeluang mengetahui lebih banyak tentang Palestin dan peranan anda.





6. Jika kesemua diatas ini tidak dapat dilakukan, cukuplah dengan bacaan doa Qunut Nazilah dalam setiap solat anda. Bencilah kezaliman itu di dalam hati, meskipun itu selemah-lemah iman.
Ini hanya sekadar cadangan. Banyak lg yg boleh dilakukan. Tepuk dada, tanyalah iman anda!
Wallahu’alam

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."

No comments: