Sunday, February 22, 2009

Nyanyian Dari Syurga


Setelah malam, Aishah membangunkan diriku (Fahri). “Suamiku cepat bagun! Ayuh lihat Maria dia mengigau aneh sekali. Aku belum pernah melihat orang mengigau seperti itu.” Maria adalah isteri kedua Fahri yang sedang koma dihospital, juga dinikahi dan islamkan Fahri ketika beliau masih koma (Rujuk Novel Ayat-ayat Cinta).

Aku mengikut jejak langkah Aishah untuk melihat keadaan Maria. Kami melangkah perlahan mendekati Maria dan mengenal apa yang diigaukan oleh Maria. Subahanallah, Maha suci Allah! Yang terucap lirih dari mulut Maria, tak lain adalah ayat suci dalam surah Maryam. Ia menghafal surah itu. Aku tak kuat menahan haru.

Kami menyemak igauan Maria baik-baik. Mendengar apa yang diucapkan oleh Maria dalam alam tidak sedarnya. Perlahan. Urut. Indah dan lancar. Tak ada yang salah. Meskipun tajwidnya masih belum berapa betul (Maria yang beragama asal katolik). Maria melatunkan ayat-ayat yang mengisahkan penderitaan Maryam setelah melahirkan Nabi Isa.

Bibir Maria terus bergetar, ia sampai pada akhir surah Maryam. Namun bibirnya tak juga berhenti bergetar, terus melanjutkan surah setelahnya. Surah Thaha. Subahanallah!

Thaaha.
Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah
Tapi sebagai tadzkirah bagi orang yang takut kepada Allah1

Aku jadi tidak mengerti sebenarnya berapa surah, juz yang dihafal Maria. Dulu saat pertama kali ia menyapa di dalam metro (keretapi) dia menyatakan hanya hafal surah Al- Maidah dan Maryam saja. Aku jadi terpengun. Dengan air mata terus mengalir di sudut matanya yang terpejam ia melantunkan ayat-ayat suci itu seperti sedang asyik menyanyi dalam mimpi. Sampai ayat akhir, bibir Maria berhenti bergetar. Lelah air matanya semakin deras. Namun ia tidak juga membuka matanya. Aku hanya boleh ikut menitiskan airmata, berdoa dan memegang erat tangannya. Tiba-tiba bibirnya bergerak dan mendendangkan zikir dengan nada aneh:

Allah.Allah.Allah.
Aku ingin Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Allah…CahayaMu Allah
Allah…BelaianMu Allah
Allah…CintaMu Allah
Allah…SyurgaMu Allah
SyurgaMu Allah
SyurgaMu Allah
Allah..Allah..Allah………


Sekian lama volume suaranya semakin mengecil, lalu hilang. Dan akhirnya matanya mulai terbuka. Subahanallah!

“Maria!” sapaku perlahan.
“Fa…Fahri?” Suaranya sangat lirih nyaris nyaris tiada terdengar.
“Ya. Apa yang kau rasa sekarang, Sayang? Apanya yang sakit?”
“Tolong aku? Aku sedih sekali.”
“Kenapa sedih?”
“Aku sedih tidak diizinkan masuk syurga!”
“Aku telah sampai di depan pintu syurga, tapi aku tidak boleh masuk!”ulangnya.
“Kenapa?”
“Katanya aku tidak termasuk golongan mereka. Pintu-pintu itu tertutup bagiku. Aku meronta-ronta. Aku menagis dengan sepuas-puasnya.”

“Aku sungguh tidak mengerti dengan apa yang kau alami, Maria. Tapi bagaimana mulanya kau boleh sampai di sana”

“Aku tidak tahu awal mulanya bagaimana. Tiba-tiba saja aku dalam alam yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Dari kejauhan aku melihat istana megah hijau bersinar-sinar. Aku belum pernah melihat istana yang luasnya tidak terkira dan indahnya, tidak pernah terpikir dalam benak manusia. Luar biasa indahnya. Ia memiliki banyak pintu. Dari jarak sangat jauh aku telah mencium wanginya. Aku melihat banyak sekali manusia berpakaian indah satu persatu masuk melalui sebuah pintu yang tak terbayang indahnya”

“Kepada mereka aku bertanya; “Istana yang luar biasa indahnya ini apa?” Mereka menjawab; “Ini syurga!” Hatiku bergetar. Dari pintu yang terbuka itu aku boleh sedikit melihat apa didalamnya. Sangat menakjubkan. Tidak ada fikiran yang mampu melukiskan. Aku sangat tertarik maka aku ikut barisan orang satu persatu masuk kedalamnya. Ketika kaki mahu melangkah masuk penjaga dengan senyum menawan berkata kepadaku; “Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini Bubush Shalat. Pintu khusus untuk orang-orang solat2. Dan anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat kecewa.”

“Lalu aku berjalan kesebelah lain. Disana ada pintu yang sedang penuh dimasuki. Aku pun ikut masuk. Seorang penjaga berkata; “Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini namanya Bubur Rayyan. Pintu khas untuk orang-orang yang berpuasa. Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat sedih.”

“Aku lihat dari kejauhan masih ada pintu. Aku berjalan kesana dengan harapan dapat melalui pintu itu. Namun ketika hendak masuk seorang penjaga yang wajahnya bercahaya berkata; “Maaf, ada tidak boleh masuk melalui pintu ini. Ini Bubuz Zakat. Pintu khusus untuk orang yang menunaikan zakat. Anda bukan dari golongan mereka” Ada banyak pintu, tapi setiap kali aku hedak masuk selalu dicegah oleh penjaganya.”

“Sampai dipintu terakhir namanya Bubut Taubat. Aku juga tidak boleh masuk. Kerana itu khusus buat orang yang taubatnya diterima Allah. Dan aku tidak termasuk golongan mereka. Aku kembali kepada pintu-pintu sebelumnya. Tapi semuanya tertutup rapat. Hanya aku sendirian diluar. Aku mengetuk-ngetuk pintu bernama Bubur Rahmah. Tidak ada yang membukanya.”

“Aku hanya mendengar suara; “Jika kau memang penghuni syurga kau tidak perlu mengetuknya kerana kau pasti mempunyai kuncinya. Bukalah pintu-pintu itu dengan kunci syurga yang kau miliki!” Aku menangis sepuas-puasnya. Aku tidak memiliki kuncinya. Aku merayu pada Tuhan. Aku ingin menarik belas kasihanNya dengan membaca ayat-ayat suciNya.”

“Selesai surah Maryam aku teruskan dengan surah Thaha. Sampai ayat sembilan aku berhenti kerana Bubur Rahmah terbuka perlahan. Seorang perempuan yang luar biasa anggun dan suci keluar mendekati dan berkata;

“Aku Maryam. Yang baru saja kau sebut dalam ayat-ayat suci yang kau baca. Aku diutus oleh Allah untuk menemui mu. Dia mendengar haru biru tangismu. Apa yang kau mahu?”

“Aku ingin masuk syurga. Bolehkan?”

“Boleh. Syurga memang diperuntukan bagi semua hambaNya. Tapi kau harus tahu kuncinya?”

“Apa itu kuncinya?”

“Nabi Muhammad telah mengajarnya berulang-ulang. Apakah kau tidak mengetahuinya?”

“Aku tidak mengikut ajarannya”

“Itu salahmu. Kau tidak akan mendapat kunci itu selama kau tidak mahu tunduk penuh ikhlas mengikut ajaran Nabi yang paling dikasihi Allah ini. Aku sebenarnya datang untuk memberitahumu kunci masuk syurga. Tapi kerana kau sudah menjaga jarak dengan Muhammad , maka aku tidak diperkenankan untuk memberitahumu.”

“Bonda Maryam lalu membalikkan badan dan hendak pergi. Aku terus memeluknya dan bersimpuh dikakinya. Aku menangis tersedu, memohon agar diberitahu kunci syurga itu. “Aku hidup untuk mencari keredhaan Tuhan. Aku ingin masuk syurga hidup bersama orang-orang yang beruntung. Aku akan melakukan apa sahaja, asal masuk syurga. Bonda Maryam, Tolonglah aku. Aku tidak mahu rugi selama-lamanya!” Aku terus menangis sambil menyebut nama Allah.”

“Akhirnya Bonda Maryam luluh. Dia duduk dan menggosok kepalaku; “Maria dengar baik-baik! Nabi Muhammad telah memberi petunjuk mengenai kunci masuk syurga itu. Dia bersabda; Barang siapa berwudhu dengan baik, kemudian mengucapkan; Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammad abduhu wa rasuluh, maka akan dibukakan delapan pintu syurga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka!3”

“Jika kau ingin masuk syurga, lakukanlah apa yang diajar oleh Nabi pilihan Allah itu. Dia Nabi yang tidak pernah bohong. Itulah kunci syurga! Dan ingat Maria, Kau harus melakukannya dengan penuh keimanan dalam hati, bahawa tiada tuhan Selain Allah dan Muhammad utusan Allah. Tanpa keimanan itu, yang kau lakukan sia-sia. Sekarang pergilah untuk berwudhu. Dan cepat kembali kemari, aku akan menunggumu disini. Aku akan membawa mu masuk ke syurga Firdaus, tempat para anbiy, syuhada, shalihiin, dan orang-orang yang dimuliakan Allah!”

“Setelah mendengar nasihat itu aku terus pergi mencari wudhu. Aku berjalan kesana kemari namun tidak juga menemukan air. Aku terus menyebut nama Allah. Akhirnya aku terbangun dengan hati yang sedih. Aku ingin masuk syurga. Aku ingin kesana, bonda Maryam menunggu ku di Bubur Rahmah. Itulah kejadian atau mimpi yang aku alami. Oh Fahri, suamiku, mahukah kau menolong ku?”

“Apa yang boleh aku lakukan untuk mu, Maria?”

“Bantulah aku berwudhu. Aku masih mencium bau syurga. Wanginya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk kedalamnya. Disana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya. Suamiku, Bantu aku berwudhu, sekarang juga!”

Aku menuruti keinginan Maria. Dengan sekuat tenaga aku mendukung Maria ke bilik mandi. Dengan tetap ku dukung, Maria diwudhui oleh Aishah. Setelah selesai Maria kembali kubaringkan diatas tilamnya. Dia menatap ku dengan sorotan mata bercahaya. Bibirnya tersenyum indah dari biasanya. Lalu dengan lirih suara yang keluar dari relung jiwa ia berkata;

Asyahadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh!”

Ia tetap tersenyum. Menatapku tidak berkelip. Perlahan dengan pandangan matanya meredup. Tak lama kemudian kedua matanya yang bening itu tertutup rapat. Ku periksa nafasnya telah tiada. Nadinya tiada lagi denyutannya. Dan jantungnya tiada lagi terdengar denyutanya. Aku tidak kuasa menahan derasnya leleh airmata. Aishah juga. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun!

“Aku masih mencium bau syurga. Wanginya meresap kedalam sukma. Aku ingin masuk kedalamnya. Disana aku janji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya.”

Sambil terisak Aishah melantunkan ayat;

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai
Maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah kedalam syurgaKu.4


Dipetik dari bab terakhir didalam buku ayat-ayat cinta oleh Habiburrahman El Shizary. Novelis, Sarjana Al Azhar University Cairo.

Sebuah novel yang dihadiahkan sahabat sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke 23 tahun. Novel yang banyak memberi pengajaran untuk menjadi Umat dan wanita Islam yang sejati. Sebuah kisah cinta Islam yang disampaikan dengan penuh tertib. Bahasa yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat dan gambaran latar yang hidup, menjadikan kisah dalam novel ini seolah-olah terjadi.

Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah.
Ya Allah, aku mohon redhamu dan SyurgaMu.
Amin.
____________________________________________________________________
1.Surah Thaha; 1-3.
2.Imam Syamsuddin Al-Qurthubi (w.671H) dalam kitabnya At Tadzkirah banyak menjelaskan tentang diskripsi syurga sesuai dengan yang dijelaskan dalam hadith-hadith Nabi, termasuk jumlah pintu syurga dan nama-namanya.
3.Hadith riwayat Imam Muslim.
4.Surah Al-Fajr; 27-30.

No comments: